SELAMAT DATANG

 SELAMAT DATANG

Saturday, 11 April 2015

PENGENALAN KEPADA PEMIKIRAN
Apa itu pemikiran?
  • Keunikan manusia terletak pada keinginan untuk mengetahui sesuatu.
  • Keupayaan intelek perlu dipupuk untuk mengingatkan kualiti berfikir seseorang.
  • Proses berfikir adalah seperti operasi yang menggunakan fakta-fakta lain supaya fakta yang baru dapat dipercayai berdasarkan fakta yang sedia ada.
  • Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami.
Bagaimana mendefinasikan pemikiran?
  • Bayangkan apakah yang berlaku dalam minda anda ketika anda berfikir.....
  • Senaraikan : apa yang berlaku,dimana ia berlaku,apa yang terlibat dan untuk apa.
Manfaat berfikir
  • Membuat keputusan yang positif.
  • Meletakkan diri di tempat orang lain.(emosi)
  • Mengenalpasti semua elemen yang berlaku ,sebab dan akibat sesuatu kejadian.
  • Menjimatkan masa dengan mengasingkan fakta daripada isu personal.
Halangan berfikir
  • Mengabaikan dan tidak mahu menerima kebenaran
  • Emosi
  • Ego
  • Tingkah laku luar kawal
  • Menyalahkan orang lain
  • Latar belakang seseorang
  • Tekanan
  • Minda kurang terbuka
  • Kurang kepercayaan

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF
DEFINISI
Kemahiran Berfikir Secara Kreatif pula ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menjana dan menghasilkan idea yang tidak terhad, pelbagai, baru, asli, luar biasa, provokatif, mencabar, mudah ubah, dan dapat dikembangkan kepada idea yang lebih luas dan terbuka.
Kamus Dewan (2000) memberi maksud berfikiran kreatif sebagai mempunyai kebolehan untuk mencipta,menghasilkan dan seterusnya mengembangkan sesuatu idea yang baru dan asli. Kreatif juga merupakan keupayaan seseorang untuk mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah idea.

Bloom ( 1956 ) mendefinisikan kemahiran kreatif sebagai sintesis yang bermaksud kebolehan seseorang menganalisis maklumat dan membentuk semula maklumat tersebut supaya menjadi idea yang unik. Torrance ( 1963) berpendapat pemikiran kreatif terbentuk daripada empat kemahirani iaitu kelancaran,fleksibel,penghuraian dan keaslian. Kelancaran merujuk kepada kebolehan seseorang menjana idea yang banyak. Fleksibel pula adalah kebolehan menghasilkan idea yang berbeza. Penghuraian pula bermaksud kebolehan memperluaskan dan mengembangkan idea secara mendalam dan keaslian pula merujuk kepada kebolehan berfikir secara luar biasa dan menggunakan sesuatu perkara dengan sendiri. Hayers ( 1981 dalam Beyer 1988 ) mengaitkan pemikiran kreatif dengan penyelesaian masalah , dimana operasi kognitif menjadi dasar dalam pemikiran kreatif. Mengenal pasti masalah ,menjana idea dan perancangan pula merupakan komponen dalam menyelesaikan masalah. John Arul (1997 ) turut berpendapat pemikiran kreatif sebagai aktiviti mental yang menumpukan kepada penghasilan idea dan kaedah baru. Clarke dan Biddle ( 1993) berpendapat berfikir secara kreatif adalah proses yang menggunakan teori untuk menganalisis situasi , kejadian masa depan dan menyelesaikan masalah yang dilalui. 

Contoh setiap kemahiran berfikir kreatif.
1. Menjanakan Idea
-Menjanakan idea yang banyak secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara. Kemahiran ini digunakan apabila:
i.  Mencari idea baru.
ii. Mencari alternatif.

Langkah penggunaan:
a) Tetapkan tajuk perbincangan.
b) Senaraikan semua idea yang dikemukakan.
c) Renung kembali idea yang dikemukakan.
d) Tambah lagi idea yang boleh difikirkan.
e) Hubung kaitkan idea-idea yang telah disumbangkan.

Contoh :
Di sekolah anda terdapat banyak bahan buangan pepejal. Anda dikehendaki menguruskan bahan buangan ini secara sistematik dan berfaedah.
a) Tetapkan tajuk perbincangan :
Cara menguruskan bahan buangan di sekolah secara sistematik dan berfaedah.
b) Senarakan semua idea yang dikemukakan tanpa menilai atau menolak :
i. Menjual
ii. Mengumpul mengikut kelas
iii. Guna semula
iv. Bakar
v. Kambus
vi. Kitar semula
vii. Murid bawa balik ke rumah
viii. Bakar untuk guna semula
ix. Bawa masuk haiwan untuk makan sisa makanan.

2. Membuat Inferens
Membuat kesimpulan awal yang mungkin benar atau pun tidak berdasarkan maklumat daripada pemerhatian. Kemahiran ini digunakan apabila :
a) Hendak merancang langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan.
b) Menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan.

Langkah penggunaan:
a) Perhatikan suatu situasi atau keadaan.
b) Nyatakan mengapa situasi atau keadaan sedemikian terjadi.
c) Beri alasan mengapa anda menyatakan demikian.
d) Semak alasan samada alasan itu berasaskan pendapat atau pemerhatian daripada situasi. Jika    alasan itu berasaskan pendapat atau pandangan, berikan alasan.

Contoh :
Seorang jejaka dan seorang wanita yang memakai baju berwarna yang sama kelihatan
sedang berjalan seiringan . Di suatu persimpangan jalan mereka berpisah menuju ke
arah yang berlainan. Apakah inferens boleh dibuat mengenai situasi tersebut?
Untuk membuat inferens kita perlu :
a) Buat pemerhatian : Dua orang, seorang lelaki dan seorang perempuan memakai
    baju dengan warna sama dan berjalan seiring. Di satu persimpangan mereka
    berpisah.
b) Beri alasan : Berpisah di persimpangan jalan.
c) Inferens : Walaupun mereka memakai baju berwarna sama dan berjalan seiringan
    tetapi ini tidak membawa sebarang makna atau prasangka.

3. Menghubung kaitkan
Membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan. Kemahiran ini digunakan untuk membuat inferens, meramal, membuat hipotesis, membuat kesimpulan dan mengitlak.

Langkah penggunaan:
a) Kenal pasti masalah.
b) Buat analisis tentang keadaan.
c) Kenal pasti aspek yang boleh dihubung kaitkan
d) Buat pernyataan tentang perkaitan.

Contoh :
Satu projek perumahan sedang dijalankan berhampiran Kg. Sentosa. Kg. Sentosa
merupakan sebuah kampung tersusun. Penduduk Kampung mula bersungut sebab
sungai yang terdapat di situ tidak lagi boleh digunakan seperti dulu. Di samping itu
keadaan persekitaran tidak lagi senyaman dahulu. Ini mungkin disebabkan banyak
pokok-pokok telah ditebang. Apabila hujan turun, kampung mereka dilanda banjir dan
ini menimbulkan kesulitan. Kenapa banjir berlaku ?
Kita boleh gunakan Pohon Fikiran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1 untuk
menghubung kait.
a) Kenal pasti masalah.
b) Tuliskan masalah di bawah sekali.
c) Kenal pasti kemungkinan sebab.
d) Tuliskan inferens sebab mengikut urutan.
e) Ulangi untuk sebab-sebab yang lain.


4. Meramal
Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai. Kemahiran ini digunakan untuk menjuruskan, merancang dan mempertimbangkan pilihan.

Langkah penggunaan :
a) Perhati atau kumpul maklumat.
b) Tentukan pola yang terdapat pada kumpulan maklumat.
c) Buat jangkaan yang paling sesuai.

Contoh :
Ramalkan apakah yang akan berlaku di Kuala Lumpur sekiranya semua Jabatan Kerajaan berpindah ke Putra Jaya.
a) Kumpulkan maklumat
i. Semakin hari semakin sesak di jalan raya
ii. Manusia semakin ramai setiap hari
iii. Pembangunan di Kuala Lumpur semakin pesat
iv. Kadar kemalangan meningkat
v. Bilangan pelancong bertambah
b) Tentukan pola yang terdapat pada kumpulan maklumat :
Keadaan di Kuala Lumpur senantiasa sibuk dan berkembang
c) Buat jangkaan yang paling sesuai :
Pada peringkat awal keadaan di Kuala Lumpur akan menjadi sunyi dan kurang sibuk dalam tempoh masa tertentu dan akan kembali sibuk seperti keadaan asal.

5. Membuat Hipotesis
Membuat pernyataan umum yang menghubungkaitkan pembolehubah-pembolehubah bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Kenyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya. Kemahiran ini digunakan pada peringkat awal apabila hendak menjalankan sesuatu eksperimen, kajian atau penyelidikan.

Langkah penggunaan :
a) Perhatikan suatu situasi atau keadaan.
b) Nyatakan mengapa situasi atau keadaan sedemikian terjadi.
c) Berikan satu jawapan yang rasional sebagai hipotesis.
d) Semak semula sama ada hipotesis tersebut boleh diuji.

Contoh :

Dalam sebuah ladang ternakan lembu, terdapat kawasan rumput yang mencukupi dan sebuah bangsal untuk lembu berteduh. Didapati hasil pengeluaran susu dari lading ternakan ini pada hari biasa secara purata ialah 1.5 liter, manakala pada hari hujan hasilnya ialah 20 liter. Bina hipotesis berdasarkan fakta ini. Untuk membuat hipotesis kita perlu :
a) Situasi : pengeluaran susu pada hari hujan lebih banyak daripada hari biasa.
b) Beri hipotesis yang mungkin (kenyataan awal):
i. Pada hari hujan, lembu makan makanan yang disediakan di bangsal.
ii. Lembu kurang bergerak pada hari hujan, tenaga lembu digunakan untuk menghasilkan susu.
iii. Lebih banyak lembu berada di bangsal pada hari hujan untuk diambil susu.
c) Semak sama ada hipotesis tersebut boleh diuji atau tidak, jika tidak boleh diuji ia tidak boleh    dijadikan hipotesis.

6. Mensintesis

Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan , esei, lukisan dan artifak. Kemahiran ini digunakan untuk:
a) Membuat kesimpulan, mengitlak atau menyediakan tajuk.
b) Menghasilkan bentuk komunikasi seperti lukisan, peta, rajah, puisi dan laporan.

Langkah penggunaan:
a) Kenal pasti dan definisikan tajuk, perkara atau subjek.
b) Kumpulkan data atau maklumat yang berkaitan.
c) Kelaskan idea, data atau maklumat dalam kategori yang berkaitan dengan tajuk, perkara atau               subjek.
d) Kenal pasti hubung kait antara kategori dengan kategori, kategori dengan tajuk.

Contoh 1:

Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah tanah air sebelum kemerdekaan:
a) Minta murid senaraikan beberapa peristiwa penting.
b) Hubung kaitkan antara peristiwa.
c) Susun atur peristiwa mengikut garisan masa.
d) Gabungkan peristiwa-peristiwa mengikut rentetan masa dalam bentuk esei yang membawa kepada kemerdekaan negara.

7.  Mengitlak

Membuat pernyataan umum terhadap keseluruhan kumpulan maklumat berdasarkan pemerhatian ke atas sampel kumpulan itu. Kemahiran ini digunakan untuk:
a) Mencari pola
b) Menyusun maklumat
c) Meramal

Langkah penggunaan:
a) Kumpulkan data.
b) Cari pola yang sepunya dan buatkan pengitlakan.
c) Imbas semula kesahihan pengitlakan yang dibuat.
d) Buat kenyataan.

Contoh :

Buat pengitlakan rancangan TV1, TV2 dan TV3 di Malaysia pada hari Isnin.
Rancangan
TV1
TV2
TV3
Berita
/
/
/
Filem
/


Dokumentari
/
/
/
Komedi

/

Agama
/


Pendidikan

/

Sukan


/

Jadual 4.1 Rancangan TV pada hari isnin

Untuk mengitlak kita perlu :

a) Mengumpul data:
Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.1.
b) Mencari pola yang sama:
Rancangan TV yang disiarkan pada hari Isnin.
d) Buat pengitlakan:
Ketiga-tiga saluran ada menyiarkan rancangan berita dan dokumentari pada hari Isnin.

8. Menganalogi
Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep secara mengaitkan konsep itu dengan perkara yang mudah, maujud dan mempunyai ciri yang serupa. Kemahiran ini digunakan untuk memahami konsep atau perkara yang mujarat dengan cara mengaitkannya dengan sesuatu yang maujud yang telah diketahui.

Langkah penggunaan:
a) Bandingkan dua perkara yang tidak sama.
b) Cari sifat yang serupa yang boleh dihubung kaitkan.
c) Nyatakan hubung kait sebagai metafora.

Contoh :
Membuat analogi mengenai fungsi jantung dalam mengepam darah ke seluruh badan.
Untuk menganalogi kita perlu :
a) Buat perbandingan : Jantung dengan pam.
b) Cari sifat yang serupa : Kedua-dua mengepam cecair.
c) Nyatakan hubung kait : Jantung adalah seperti pam.

9. Membuat Gambaran Mental
Membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan atau gagasan dalam minda atau fikiran.
Kemahiran ini digunakan untuk:
c) Memahami konsep yang mujarad
d) Mengingat konsep yang kompleks.

Langkah penggunaan :
a) Bayangkan matlamat tertentu.
b) Pilih atau tetapkan titik permulaan secara mental.
c) Bayangkan langkah demi langkah yang berlaku ke arah matlamat.
d) Lihat keseluruhan gambaran.

Contoh :
Bayangkan apa yang terjadi di tempat anda berada sekarang jika berlaku gempa bumi secara tiba-tiba.


Untuk membuat gambaran mental kita perlu :
a) Bayangkan matlamat:
    Keadaan apabila berlaku gempa bumi.
b) Menetapkan titik permulaan:
    Keadaan sebelum berlaku gempa bumi.
c) Bayangkan langkah demi langkah ke arah matlamat:
    Apakah yang terjadi kepada bangunan, lif, bekalan elektrik, jalan raya?
    Bagaimanakah keadaan manusia dan seterusnya?
d) Bina satu senario keseluruhan .

10. Mereka Cipta
Menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuaian kepada sesuatu
yang sedia ada dalam bentuk maujud atau mujarad.

Langkah penggunaan :
a) Kenal pasti keperluan, cabaran atau persoalan.
b) Janakan idea.
c) Pilih idea yang paling sesuai untuk memenuhi keperluan.
d) Mencuba dan menguji idea.
e) Jika tidak memenuhi keperluan, ubah suai atau pilih idea yang lain.

Contoh 1 : (maujud)

Cadangkan bahan yang diperbuat daripada kulit kerang yang boleh dipasarkan.

Contoh 2 : (mujarad)

Hasilkan sebuah sajak bertemakan patriotisme.

Contoh 3 : (mujarad)

Cadangkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk pengajaran
Bahasa Melayu.

Untuk mereka cipta kita perlu :

a) Kenal pasti cabaran.
    Menghasilkan sesuatu hiasan dalaman dari pada kulit kerang.

b) Menjanakan idea
    Membuat perhiasan rumah
    Membuat pakaian
    Membuat kapur
    Membuat makanan
    Membuat simen

c) Menjanakan idea khusus
    Membuat tabung

d) Pilih satu reka bentuk

e) Membina, mencuba dan menguji.

f) Ulangi langkah-langkah. 































No comments:

Post a Comment